Friday, January 3, 2014

Fruity tartlet

Kadang-kadang tak perlu yang komplikated.Cuba yang mudah dahulu termasuklah untuk memasak atau penyediaan hidangan.

Ini untuk amatur.Kalau sudah hebat sikit malulah macam ni!Jadi kalau amatur,buat yang amatur aje dulu.

Bahan-bahan:
Kulit tartlet(yang hebat dia buat sendiri,Yang amatur beli siap-siap kat bakeri)
Tepung kastad
Buah-buahan koktail yang dihiris kecil
(Contoh buah-buahan; kiwi, strawberi,anggur hitam,peach dan lain-lain ikut kegemaran)

Cara-cara:

Masak tepung kastad
Selepas sebati dan pekat elok(masak) masukkan ke kulit tat.
Hiasi bahagian atas dengan buah-buahan tadi.
Sejukkan di peti sejuk.
Sedia dihidang selepas 10 minit.




                                                            Kenangan Aidilfitri yang lalu

Banana split konon

Kadang-kadang duduk di rumah sahaja terfikirkan sesuatu yang lain buat anak-anak.Kali ini memilih yang simple sahaja.Kebetulan ada pisang masak sudah diturunkan dari tandannya.Ada pula aiskrim perisa rainbow.

Mula-mula ingat nak makan aiskrim bubuh dalam roti sahaja ttiba-tiba teringat bahan-bahan kek yang masih berbaki.

Bahan-bahan:
Aiskrim,hirisan pisang yang ranum secukupnya,manik urai,ceri betik hijau,ceri betik merah,kismis.

Cara:

Skop aiskrim dengan menggunakan skop aiskrim untuk bentuk yang lebih cantik(pakai sudu pun boleh jika tiada skop ini).Letakkan hirisan pisang masak,tabur ceri betik hijau,ceri betik merah,kismis dan manik urai secukupnya.(Boleh tambah garam jika suka untuk rasa lemak lemak sikit).


Sedia untuk disantap.Anak-anak pasti suka.



Lempeng kelapa

Ummi tak biasa buat lempeng kosong,apatah lagi lempeng kelapa.Entah macam mana tiba-tiba teringat nak makan lempeng.Arwah mak dulu selalu buat lempeng,cicah dengan gulai lebihan semalam.Kadang-kadang lempeng pisang pun sedap.Lempeng yang dibubuh inti kelapa jadi mpulak kuih gulung atau kuih ketayap.

Buat lempeng kelapa mesti lagi sedap makan dicicah gulai(kari) kata abi.Tapi ummi memang kurang minat buat kari huhuhu.Jadi tukar kepada sambal sardin dan pekasam dari Perlis pemberian jiran yang balik dari kampung baru-baru ini.

Buat lempeng ingat macam senag je..hakikatnya lempeng orang lain bentuk bulat,yang ummi buat ada inovasi.Bunga-bunga gitu.

Lempeng:

Tepung gandum,air masak secukupnya,sedikit garam,kelapa parut.

Semua bahan dibancuh sebati dan tebarkan di atas kuali yang panas.Kalau ada kuali leper lagi bagus.

Sambal sardin:

Setin sardin,dua buku kentang dipotong 4,dua labu bawang besar,3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih.Cili boh.Minyak dan garam secukupnya.(tambah sos jika perlu untuk meekatkan kuah)

Panaskan minyak.Tumis semua bawang.Masukkan cili boh.Tambah air,masukkan kentang dan ikan(untuk cepat empuk,rebus kentang terlebih dahulu).

Ikan pekasam:

Bawang besar,cili kering,limau(option) minyak secukupnya.

Panaskan kuali.Tumis bawang dan cili kering sampai masak.Goreng pekasam.Gaulkan ikan dan bawang dan cili yang telah ditumis tadi.Sedia untuk dihidangkan.


Asalnya penuh tu.Dalam gambar dah tinggal separuh.Kemudian habis,alhamdulillah.

Arissa di Tahun Satu

31 Disember 2013:Selasa:Hari orentasi dan transisi tahun satu 2014 SK BSP

Diam tak diam Arissa sudah di tahun satu.Doa ummi semoga anakanda ummi baik-baik sahaja dan menjadi insan yang solehah,cemerlang dunia dan akhirat,amin.



                                         Nampaknya dapat menyesuaikan diri,alhamdulillah.

Apa yang lucunya kerana sangat teruja ke sekolah Arissa tak sedar sudah menunaikan solat Subuh sebanyak dua kali.Mungkin perasaannya bercampur-baur antara seronok,cemas dan pelbagai lagi.Entahkan kebetulan sahaja terlupa.Anak solehah amin.

Monday, December 23, 2013

Wacana Etika dan Profesional

Assalamualaikum

Pada 18 Disember 2013 yang lalu Fakulti Pendidikan telah menganjurkan satu wacana.Wacana yang berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 5 petang itu bertempat di Pusat Konvensyen KUIS.Tema wacana ini ialah Pendidikan Seksual Sihat,Etika Kerja Tepat,Profesionalisme Hebat.Pada wacana ini diadakan ceramah,forum, pameran serta ujian ringkas kesihatan percuma.

Wacana membincangkan tentang Gangguan Seksual.Apakah pula maksud pendidikan seks?

Menurut Abdullah Nasih 'Ulwan(1985),Pendidikan seks adalah salah satu proses mengajar, menjelaskan dan memberi peringatan kepada remaja tentang isu yang berkaitan dengan seks, naluri,nafsu dan hubungannya dengan perkahwinan sehingga mereka membesar dalam keadaan memahami erti kehidupan. Remaja mengetahui apa yang dibenarkan dan apa yang ditegah dan mereka menjadikan sikap dan tingkahlaku Islam sebagai praktik dalam kehidupan.

Analisi terhadap beberapa ayat al Quran dan al hadith jelas menunjukkan bahawa Islam amat menggalakkan umatnya untuk mempelajari ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan seksualiti dan reproduktif. Islam amat mementingkan umatnya menjalani kehidupan seksual yang sempurna dan baik selaras dengan tuntutan Allah S.W.T.Segala perintah dan peraturan agama berkaitan seksual yang diterapkan oleh Islam adalah bermatlamatkan kepada kesejahteraan hidup manusia.(dipetik dari pamplet program)

"Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang amat buruk"  Al Isra' :32

Semoga wacana ini memberi pendedahan kepada pendidikan seksual dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan khasnya dan staf KUIS amnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails