Friday, August 6, 2010

Ramadhan Kareem:Hamba Rabbani bukan Hamba Ramadhani

Salam ukhuwwah buat semua.Semoga sahabat semua berada dalam kesihatan yang baik.Sihat jiwa,raga dan minda.

Setahun berlalu sudah.Kini muncul kembali saat yang ditunggu-tunggu seluruh muslimin dan muslimat.Ya,Ramadhan yang istimewa.Padanya di awalnya rahmah,pertengahannya maghfirah dan penghujungnya dijauhkan daripada azab neraka,Subhanallah sangat menyentuh hati.

Setiap kali Ramadhan menjelang tiba pasti ramai yang berazam yang baik-baik.Sekurang-kurangnya untuk mengisi Ramadhan dengan seluruh kebaikan.Mengambil segala peluang dan kesempatan yang ada.Bulan Ramadhan ramailah yang berlumba-luba bersolat jemaah,berbuka di masjid,bertadarus Al-Qur'an,bersedekah,beramal,berqiyam dan mencari malam lailatul qadar,mengisi malam nuzul Al-Qur'an dan disudahi dengan amalan sunat yang lain.

Sebenarnya jika kita renung kembali,bulan Ramadhan ini dari sudut sainsnya amat sinonim untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman.Setelah berbulan-bulan lamanya segala macam benda kita makan termasuklah paku(pucuk paku)batu(jambu batu) hingga taik pun orang makan(taik minyak dan kuih tahi itik).Maka,sewajarnya uniknya Ramadhan supaya dapat memberi sedikit kerehatan pada tubuh dan sistem penghadaman yang telah berkerja keras sepanjang tahun.

Jika diintai pula secara fizikalnya Ramadhan itu selalu orang dilihat penat.Hendak marah tidak jadi,"aku puasa".Hendak mengumpatpun tidak jadi"aku puasa" dan lain-lain lagi.Memanglah puasa itu dianalogikan sebagai benteng iaitu pertahanan daripada nafsu diri dan syaitan.Benteng daripada kejahatan dan keburukan.Jika puasa itu dilaksanakan sebaiknya.MAka puasa yang sebegini adalah baik kerana berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga,tetapi menahan diri dari melakukan dosa dan kemaksiatan kepada Allah,Rabbul Jalil.

Diriwayatkan ketika Ramadhan seluruh syaitan dirantai,maka rebutlah peluang ini dengan baik.Kalaulah ketika musim syaitan dirantaipun kita tidak mampu merantai nafsu kita sendiri,hilanglah keberkatan Ramadhan yang kita lalui.Ramadhan itu tetap berkat,yang tidak berkat adalah amal dan hidup kita,na'uzubilah.

Kalau kita intai pula dari sejarah Islam,Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu selalu.Pada bulan Ramadhan juga peristiwa Badar Kubra telah berlaku di mana ia menunjukkan kekuatan Allah SWT memberikan apa yang Dia mahukan.Bagaimana peperangan di saat lapar dan dahaga,panas nan terik,musuh yang ramai serta gagah dan disedia senjata berbisa.Namun apabila Allah berkata KUn,fayakun!Jadi,maka jadilah!Maka,itu peristiwa besar yang perlu kita ambil ikhtibar.Jangan lagi ada antara kita yang tidak tahan berpuasa(melainkan keadaan-keadaan syar'ie dan kesihatan).Bukan Allah minta setahun,tapi sebulan!.

Antara hikmah berpuasa termasuklah kita dapat merasai sendiri kelaparan mereka yang tidak dapat menikmati makan dan minum yang sempurna.Kalau orang di negara lain mati kelaparan,mungkin di negara kita ini ramai yang mati kerana terlebih makan!Subhanallah.Apapbila kita merasai sendiri rasa lapar dan dahaga tersebut,sepaptutnya kita lebih insaf dan mensyukuri rezeki kurniaan Allah SWT dan tidak membazirkannya ke jalan yang tidak sewajarnya.

Berpuasa juga dapat melatih kita untuk menjadi seorang yang hamba yang lebih Rabbani.Kalau mungkin pada bulan-bulan yang lain kita sedkit khayal,sibuk dan berhempas-pulas dengan dunia.Apalah salah kiranya bulan Ramadhan ini kita jadikan medan tarbiyyah.Kalau kita jarang membaca Al-Qur'an,apa kata Ramadhan ini kita mulakan membaca Al-Qur'an.Kalau kita sudah biasa membaca Al-Qur'an,apa kata,kita tingkatkan lagi mutu bacaan dan kuantitinya sekali.Belajar lebih lagi untuk memahami dan menghayati Al-Qur'an selayaknya sebagai dustur hidup.

Berpuasa juga dapat mendekatkan kita lagi pada Allah yang Maha Pencipta.Doa orang yang berpuasa antara doa yang didengar Allah SWT.Maka sewaktu Ramadhan ini,berdoa sebanyaknya beramallah sebaiknya supaya kita tidak rasa rugi,tertinggal atau menyesal apabila berlalunya Ramadhan.

Apapun Ramadhan ini suatu tarbiyyah atau medan latihan buat kita.Supaya lebih berjihad dalam melakukan kebaikan dan menjauhkan diri dan keluarga dari kemungkaran.Ramadhan inilah titik permulaan melatih diri dengan sifat-sifat yang mulia seperti sabar,tenang dan berakhlak baik.Dan medan yang sebenar adalah selepas berlalunya Ramadhan nanti.

Kalau kita sudah memulakan bacaan Al-Qur'an ketika Ramadhan kali ini,maka teruskanlah walaupun Ramadhan telah berlalu.Jika kita membiasakan diri solat berjemaah dan menutup aurat serta solat pada bulan Ramadhan,teruskanlah yang baik-baik itu untuk bulan-bulan seterusnya.Janganlah semasa Ramadhan sahaja kita beria-ia dan bersungguh-sungguh,tetapi sesudah Ramadhan melabuhkan diri nanti kita kembali kepada keadaan sebelumnya yang kurang baik.Seperti contoh tidak lagi memegang Al Qur'an,tidak lagi menutup aurat,tidak lagi menjaga adab dan akhlak,na'uzubillah.Jikalah itu terjadi jadilah kita hamba Ramadhani bukan hamba Rabbani.

Wallahu a'lam.Ramadhan Kareem,Allahu akram!

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails