Sunday, August 8, 2010

Resepi berpantang:Pegaga Masak Lemak Lada Hitam dengan Ikan Tenggiri

Salam ukhuwwah.Baru-baru ini saya terlihat gambar pegaga yang dimasukkan oleh seorang sahabat saya di laman sosial beliau.Kemudian kami berbual ringkas tentang pegaga sebagai ulam.Menurut shabat saya tersebut,suaminya amat menggemari pegaga.Maka saya cadangkan kepada beliau pada lain ketika,apa salahnya cuba masak lemak cili api dengan pegaga.Dan ini adalah inspirasi dari resepi berpantang saya baru-baru ini.

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri/salai atau tidak terpulang.
Pegaga ikut sukatan masing-masing.
Setengah incii kunyit hidup
Santan
Garam kasar(ditumbuk)
Lada hitam

Mula-mula panaskan periuk.
Masukkan santan nipis(kaba.
Setelah itu masukkan kunyit yang telah ditumbuk.
Jerang di atas api yang sederhana.
Masukkan santan pekat.
Apabila santan pekat masukkan ikan.
Setelah ikan masak masukkan lada hitam.
Akhir sekali masukkan garam dan pegaga.

Resepi ini bagus untuk wanita berpantang kerana ia dapat melawaskan sistem pembuangan yang sedikit terganggu selepas melahirkan bayi.Apapun jika dicuba selepas berpantangpun sedap juga.Selepas pantang,bolehlah ditambah dengan cili api dalam masakan ini.Pasti mengancam.



Gambar adalah ehsan sahabat yang telah mencuba resepi yang saya beri ini.Tahniah Dura:)

Memasaklah,kerana ia salah satu cara anda menunjukkan anda menyayangi dan anda turut disayangi,amin

2 comments:

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails