Sunday, August 8, 2010

Risiko Hamil Kembar

Salam ukhuwwah.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang perkara yang saya jumpa dari link oleh Proff Dr Hamid Arshad.Dalam link tersebut beliau memberi info dari sudut sains bagaimana ingin mendapatkan kembar.Saya tidak menafikan info sains ini boleh membantu apatah lagi jika ada di kalangan teman-teman bertanyakan rahsia mendapatkan kembar.Hakikatnya pembaca sekalian,saya tidak menggunakan kaedah seperti dicadangkan di sini.

Saya ingin membincangkan sedikit perihal kembar seiras.
Menurut Proff Dr Hamid Arshad,kembar sama (identical twins) adalah hasil dari embrio yang pecah dua dan hasilnya dua bayi yg sama perisian genetik. Mereka sama jantina dan mempunyai banyak persamaan baik dari ciri fizikal, mental dan perwatakan.
Ketika dalam rahim, mereka berkongsi uri untuk mendapatkan bekalan makanan dan oksigen, keadaan boleh menjadi perlumbaan atau persaingan, menjadikan salah satu boleh kalah, dan akibatnya mati dalam kandungan atau ketika labour/ sakit bersalin.

Ujian ultra bunyi:
Apabila saya disahkan hamil kembar 5 tahun yang lalu,saya berada amat takut dan cemas.Pertamanya kerana ia merupakan kandungan pertama.Manakala sebab yang kedua adalah kerana keluarga saya di kedua-dua belah saya dan suami tiada sejarah kembar.Pada setiap ketika dan masa,saya selalu membaca bahan bacaan berkaitan hamil kembar kerana tiada sumber rujukan atau pengalaman orang sekeliling yang boleh dikongsi.

Kaedah perubatan mendapatkan kembar:
Menurut perubatan,dengan mengamalkan makan pil clomid dikatakan kemungkinan anak kembar 5%,manakala suntikan gonadotrophin - 20%.Maka,kalau kita lihat peratusnya sangat sedikit,bukan?Apapun itu usaha yang perlu dibincangkan dengan pakar terlebih dahulu tentang keperluan dan risikonya.

BY CHANCE:
Saya antara ibu yang dianugerahkan kembar.Hamil secara berkembar pada bulan-bulan awal perkahwinan memang menuntut kesabaran yang tinggi.Sementelah doktor telah memberitahu risiko-risiko ibu yang hamil kembar serta risiko terhadap anak yang dikandungkan.

Pada Februari 2005,selepas disahkan hamil melalui ujian urin,saya telah mengunjungi pakar puan untuk pertama kalinya.Pada ketika itu saya disyorkan untuk menjalani ujian ultra bunyi untuk melihat usia janin dalam kandungan serta melihat tarikh jangkaan bersalin.Maka mengikut sahaja arahan pakar dan ditemani suami saya menghadiri sesi ultra bunyi tersebut.Walaubagaimanapun kerana ketika ujian berlangsung semua doktor dan kakitangan terlibat adalah wanita,maka suami hanya menunggu di luar kerana segan katanya.

Semasa menjalankan ultra bunyi tersebut,doktor menyatakan ada sedikit keganjilan pada kandungan saya.Ketika itu saya berasa sangat cemas.Tak dapat menggambarkan perasaan yang bukan-bukan dengan ayat-ayat doktor itu.Lantas beliau meminta supaya pembantunya memanggil suami masuk untuk membuat sedikit makluman dan nasihat.Lagilah berdebar-debar saya!

Kemudian pakar tadi menjelaskan bahawa saya hamil kembar dan kandungan saya mencecah 6 minggu ketika itu.Menurutnya beliau dapat mengesan dua denyutan jantung pada kandungan saya.Kemudian beliau bertanyakan beberapa soalan ringkas dan antaranya dari keluarga suami atau saya yang punya sejarah kembar.Kalau dari sebelah saya memnag saya tiada idea.Bertanyakan suami,sama juga jawapannya.Pakar tadi juga bertanyakan samada ada mengambil suntikan atau ubat tertentu untuk mendapatkan kembar,juga saya tak tahu.Ketika itu saya bertanya kepmbali kepada doktor,"Oo...ada ubat boleh ambil untuk dapatkan kembar ke?"....Doktor itu sekadar tersenyum dan menulis di atas laporan itu sebagai "BY CHANCE".

Kemudian doktor menasihatkan saya menjaga makan dan rehat yang secukupnya kerana menurut beliau hamil kembar biasanya alahan dan penatnya berganda berbanding hamil seorang bayi.Maka saya pulang dengan cemas,riasu bercampur terharu hari itu kerana sangat teruja dan berdebar-debar.Suami telah membelikan saya koleksi Pa&Ma dengan tajuk 40 minggu nan indah.

Menurut doktor,melalui ujian ultra bunyi tersebut,saya mungkin hamil kembar seiras.Kembar seiras katanya katanya terjadi apabila satu telur pecah kepada dua.Beliau menasihatkan saya su[aya menjaga makan dengan baik dan berehat secukupnya.Mengalamai alahan yang teruk adalah kemungkinan yang dijangkakan,maka beliau menasihatkan saya mengambil asid folik,vitamin dan kalsium untuk pertumbuhan yang sihat.

Walaupun disahkan hamil kembar adalah sesuatu yang indah dan amat bermakna,namun doktor juga telah memaklumkan risiko hamil kembar apatah lagi kembar seiras.Antaranya:-

Kelahiran pra-matang
Kebanyakkan kehamilan berakhir pada 38-42 minggu tetapi bagi kebanyakkan kelahiran kembar, ia selalunya berakhir 2-3 minggu lebih awal.Pengalaman saya,saya telah mengalami pecah ketuban ketika kandungan berusia 36 minggu.

Bayi tidak cukup bulan
Sekiranya kelahiran pra-matang gagal dicegah, bayi akan lahir terlalu awal dan terpaksa menghadapi pelbagai komplikasi bayi pra matang: ini termasuk, kekurangan berat badan, paru-paru dan organ-organ lain yang tidak matang, masalah pernafasan dan penghadaman. Komplikasi jangka panjang pula, masalah kesukaran belajar dan tumbesaran.Alhamdulillah,bayi saya cukup-cukup tempohnya dan berat masing-masing adalah 2.0+ setiap seorang.

Tekanan darah tinggi
Mereka yang mengandung kembar lebih kerap akan mendapat darah risiko tekanan darah tinggi semasa hamil. Doktor selalunya akan memberi perhatian yang teliti untuk mengesan komplikasi awal yang boleh membawa akibat yang buruk kepada ibu dan anak.Ia berikutan,kebiasannya selera makan ibu hamil kembar sedikit berganda dari ibu yang hamil seorang bayi.Walaubagaimanapun keadaan itu boleh dikawal jika ada keinginan dan usaha menjaga pemakanan sihat sepanjang hamil.

Kencing manis
Doktor juga telah memaklumkan mereka yang hamil kembar juga lebih berisiko untuk mendapat kencing manis. Kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan kerosakan pada uri dan meningkatkan risiko kesukaran pernafasan pada bayi.Mungkin juga perubahan hormon yang berganda boleh menjadikan nafsu makan terutama yang manis-manis bagi ibu hamil kembar sukar dibendung(pengalaman).

Transfusi kembar ke kembar (Twin To Twin Transfusion)
Bagi kembar seiras, ada kemungkinan terdapat ketidakseimbangan pengaliran darah di mana satu bayi mendapat terlalu banyak darah dan satu lagi mendapat kurang darah. Ini terjadi disebabkan pembentukkan salur darah tidak normal di dalam uri. Sekiranya ini terjadi, risiko kelahiran pra-matang akan menjadi tinggi kerana doktor akan cuba menyelamatkan kedua-dua bayi dengan mempercepatkan kelahiran mereka kerana lebih lama bayi berada dalam kandungan, lebih tinggi risiko untuk kematian bayi.Alhamdulillah berkat doa dan bermohon padanya,kedua-dua bayi lahir dengan sihat.

Pembedahan caesarean
Kemungkinan untuk melahirkan secara normal tetap ada terutama apabila kedua-dua kepala bayi berada di kedudukan bawah. Dalam keadaan tertentu, komplikasi berlaku selepas kelahiran kembar pertama menyebabkan pembedahan caesarean terpaksa dilakukan untuk kembar kedua. Pembedahan caesarean adalah lebih selamat untuk kedudukan songsang atau kandungan kembar lebih dari satu.Semasa saya pada trimister kedua kehamilan,doktor menjangkakan bayi saya mungkin dapat dilahirkan secara normal.Maka saya mempertingkatkan doa dan amalan agar semuanya berjalan dengan bak dan lancar.

Risiko-risiko lain
Termasuklah Placenta Preavia dan pendarahan semasa kelahiran.Alhamdulillah,biarpun menjelang trimester ketiga doktor menyatakan uri sedikit ke bawah,tetapi keadaan itu tidak membahayakan dan dengan izin Allah ia telah kembali normal ketika ujian ultra sound diadakan untukk kali yang entah berapa:)

Anemia
Ibu hamil kembar juga berisiko tinggi untuk mendapatkan anemia.Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.Saya disahkan ada gejala anemia ketika saya sudah memasuki minggu ke34 hamil.Maka saya telah menngikut saranan pakar supaya mengambil bayam serta beberapa sumber darah yang lain termasuk kerang.Sehingga kini tidak dapat dilupakan kerang yang hendak dimasak tertinggal di sinki sebelum dibersihkan,gara-gara cemas tiba-tiba mengalami pecah ketuban pada minggu ke 35 kehamilan.

Kemungkinan saya mengalami anemia dsebabkan alahan yang amat teruk dan mengakibatkan selera makan sedikit terbantut lebih-lebih lagi pada bulan-bulan awal kehamilan.Walaubagaimanapun saya amat bersyukur kerana saya percaya Allah memberi ujian dan anugerah begini dengan disertakan kemampuan kita melaluinya.Saya pegang keyakinan itu sehingga mampu melahirkan secara normal dan selamat,alhamdulillah.

Pengajaran:
Jangan kita terlalu mengharapkan sesuatu yang orang lain perolehi tetapi tidak kita perolehi kerana kita tidak tahu apa perancangan Allah buat kita.Syukurilah apa yang Allah kurniakan.



Kini anak-anak ini sudah menjangkau 5 tahun Oktober ini.Mereka membesar dengan sihat dan lasak seperti anak-anak sihat yang lain.Semoga menjadi anak yang solehah,amin

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails