Monday, August 9, 2010

Santai Loghat

Salam ukhuwwah.

Saya berasal dari selatan tanah air manakala suami dari belah utara tanah air.Di dalam perbualan kadang-kala menimbulkan sedikit kekeliruan.Ada masa berakhir dengan salah faham.Tidak kurang juga jadi bahan gelak ketawa.

Situasi 1:

Suami:Abang nak balik dah ni(dari masjid).Nak pesan apa?
Isteri:Belilah roti ye.Kat rumah dah habis.
Suami:Ok

Talian terputus......

Sampai di rumah si suami memberi sebungkus biskut untuk isteri.

Situasi 2:


Isteri:Hari ni nak makan apa bang?
Suami:buat gulai aje la.
Isteri:OK

Sambil berlalu ke dapur.

Di meja makan.

Suami:Mana gulainya?
Isteri:Ni(sambil menunjukkan masak lemak cili api.)
Suami:huhuhu...gulai maksudnya nak kari la yang....
Isteri:huhuhu..(dalam hati...mana aku tau mak aku panggil ni la gulai).

Situasi 3:

Isteri:Tak lama lagi hari jadi kak Lang(refer kepada anak kami)
Suami:Nak beli kek la tu?...Nak kek apa?
Isteri:Sesekali beli indulgence Secret Recipe best jugak kan bang?
Suami:Huh,kalau sejorhong pun dah nak 7 hengget,sebiji tu tak tau la.
Isteri:????Apa jerung-jerung ni bang....
Suami:Satu potong tu la.
Isteri:Oo...cakaplah selorong.
hihihi.....

Situasi 4:


Suami:Minta ambikkan raga.
Isteri:Rumah kita mana ada raga bang.
Suami:Tu...sampai muncung mengarah ke bakul buatan plastik.
Isteri:Ini bukan raga.Raga buat dari rotan la bang.Kalau dari plastik orang panggil bakul.
Suami:Apa-apa ajelah...dah mak abang panggil raga:)

Situasi 5:

Suami:kat rumah kita ada durian lagi kan?
Isteri:Ada la sikit lagi.
Suami:Kalau buat serawa best jugak kan(sambil tersengih-sengih)
Isteri:Ye la....nanti kita buat....(sambil berlalu ke dapur).
Suami:La...mana serawanya?
Isteri:Ni...(sambil menunjukkan semangkuk serawa bersama sebuku roti(Gardenia)
Suami:La...abang nak bubur serawa la.
Isteri:Mana tau....Orang panggil bubur je.Serawa ni,adik jem ni ha...Lain kali la ye...

Situasi 6:

Kejadian berlaku sebelum bertolak ke pantai untuk bersiar-siar.

Suami:Ambilkan kasut Along.
Saya:Kasut mana?kasut dia dah sempitlah.
Suami:Ni kan kasut?(sambil mengambil sepasang selipar Jepun berwarna hijau).
Isteri:Oh!tidak,ini selipar la...tolonglah!

1 comment:

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails