Saturday, July 30, 2011

Bila kembar bersua:)-

Assalamualaikum...

Rasanya ini post akhir untuk hari ini(Sabtu:30 Julai).Banyak betul yang tertangguh samapai hari ini cerita banyak-banyak.

Siang tadi kami berkesempatan memenuhi undangan seorang teman saya semasa belajar.Kenduri aqiqah anak yang keempat.

Selesai menjamu selera tentulah tidak cukup kalau tak pergi tengok baby kan?Macam kalau kita pergi kenduri kahwin,mesti nak masuk bilik pengantin gitu.Memang meriah....adik-beradiknya semua ada..tak termasuk sepupu-sepapat dan ahli keluarga,jiran dan saudara mara yang lain.

Sekali ada seorang mak cik menegur.Tak pasti emak kawan saya ke emak mertuanya(tiba-tiba jadi konfius maklum ramainya orang)...

"Eh!anak kamu kembar tiga ke dik?"Habis semua orang kat dalam tu pusing ke arah saya.Saya senyum pas tu jawab.

"Tak mak cik,kembar dua je...yang ini adik(sambil memegang bahu Arissa).

"Oh ye ke....kat rumah ni pun ada kembar jugak...tu..."kata mak cik itu sambil memuncungkan hujung bibirnya ke arah seorang kanak-kanak berkebaya oren.

"Oh!ye ke mak cik?...mana sorang lagi?Yang mana satu emaknya?"

Maka mak cik itupun menyebut nama seseorang dan seorang kakak bertudung merah ke hitam ye(lupa lagi)berpaling ke arah saya.

"Ha...itu maknya",kata mak cik itu.

Saya pun tanpa lengah terus menuju ke rah yang ditunjukkan.Lalu menghulur tangan untuk bersalaman.Saya pun bertanya beberapa soalan ringkas dan memaklumkan khabar gathering raya geng Kembar September nanti..Wah!kakak ini sangat sporting.Maka kami pun bertukar-tukar add di FB dan beliau meminta saya add beliau nanti..

Punyalah kami beria-ia mengambil gambar 4 beradik itu(sian Arissa musykil dia tidak dijemput join mujur juga tidak memberontak)....sampaikan terlupa bertukar-tukar nombor telefon dan mengambil gambar bersama si ibu.Hehehehehehe...Ok nanti kita lihat perkembangan seterusnya ye....Dunia kembar memang meriah bila bertemu walaupun pada kali yang pertama.

Mereka dah tujuh tahun dan berasal dari Melaka.Semoga bertemu lagi kak Izzati dan(?)ampun kak...terlupa pulak saya.

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails