Saturday, July 30, 2011

Bubur jagung dan barli

Assalamualaikum.

Hah...puasa dah dekat ni..ibu-ibu yang berkerjaya mesti terpinga-pinga mencari resepi kan?Ok la tu...daripada hari-hari mengulang resepi yang sama atau tidak memasak langsung,apakata kali ini tukar selera pula.

Baru-baru ini bila balik,mak turut bekalkan jagung mentah.Jagung baru nak belajar masak,jadi tak banyak.Nak makan begitu sahaja rasa macam tak cukup,jadi saya pun teringakan bubur jagung barli yang pernah saya nikmati di UniKeb Bangi...hm...kena google ni...

Saya buat ikut citarasa sendiri...Jadi juga,alhamdulillah siap taak malu bawa pergi pejabat....hehehe.

Ada yang minta resepi baru ni.Marilah kongsi...Cuaca panas,sesuai dengan bubur ini.Mungkin puasa ni boleh cuba ye.

Bahan-bahan:

2 tongkol jagung
1/4 cawan biji barli
1 cawan gula pasir
3 cawan air
Satu kotak santan 200ml
Sedikit garam halus

Cara-cara:

Mula-mula rebus jagung bersama sedikit garam.
Toskan.
Kemudian dileraikan dari tongkolnya dengan menggunakan pisau.Rehatkan.

Rebus barli yang sudah dibasuh.
Toskan.
Rehatkan dulu.

Panaskan periuk yang telah dimasukkan air ke dalamnya.
Masukkan gula
Apabila gula hancur masukkan santan.
Kacau supaya tidak pecah minyak.
Masukkan 2 helai daun pandan yang sudah disimpul.
Apabila mendidih,masukkan jagung dan barli tadi.
Bubuh sedikit garam halus.
Kacau sehingga sebati.

Makan panas atau sejuk dua-dua pun sedap.

Selamat mencuba ye.

3 comments:

  1. Mahu buat..cuma masalah fiqhiyyah terdapat disana:))

    Tiada daun pandanlah kak..plez hantar tuk kami...

    ReplyDelete
  2. Superbb...Allahuyubarikk fikk...aminn

    ReplyDelete
  3. hehehe..tidak ada daun pandan pun tak mengapa dik.yg penting bahan asasnya jagung dan barli ada.

    ReplyDelete

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails