Friday, July 1, 2011

Doa mohon zuriat.

Salam ziarah.

Doa amalan yang ingin saya kongsikan di sini adalah apa yang dikongsi oleh seorang sahabat saya ketika belajar dahulu.

"Setelah 5 tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, mereka berusaha melalui perubatan Islam.Mereka bertemu dgn Ustaz Tirmizi Zainal di Melbourne(mereka berada di Melbourne ketika itu).Selepas berubat dengan ustaz, ustaz memberikan doa drp buku Perubatan Islam tulisan Dato' Harun Din."

Mereka suami isteri telah mengamalkan amalan di bawah bermula bulan Ramadhan.Atas rahmat dan kasihsayangNya,sahabat saya disahkan hamil anak sulung mereka(idris) dan hampir setahun selepas kelahiran Idris mereka dikurniakan kembar lelaki pula,SubhanaAllah.

Doa ini memang sengaja dikongsikan sahabat saya ini supaya dikongsi-kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain.Perkongsian ini sangat mengharukan sekali bagi saya.Dan saya tidak tergamak menyimpannya sendiri.

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana."
*Maafkan saya tidak dapat meletakkan dalam tulisan Arab kerana masalah teknikal.


*Gambar ehsan dari page FB Hafilah Musa.Terima kasih kerana sudi berkongsi amalan ini.


Mudah-mudahan ada berkatnya buat kita semua,amin.

4 comments:

  1. salam u, lin juz nak tanya bacaan yg last ni -

    As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana'.

    betul ke bacaan dia mcm nie... cuba u check dgn kwn u... sebab yg lin tgk dlm buku ust harun din tu bacaan dia mcm nie...

    - As 'alullah hal'azima rabbal 'arsyil 'azimi an yashfiyak"-

    kecuali kalau bacaan dia ade benti2 kat al azim n arsyil azim... tapi kat rabbul tu stil salah sebab dlm buku nie tulis rabbal n yg akhir tu kat buku nie tulis yashfiyak, tapi u tulis yashfiyana... yg mana satu btoi ek... tlg lin check kan ek... thnx... sbb lin nak sangat doa utk dpt zuriat nie mana nak tau kali nie doa lin sampai. tlg ek... apa2 email kat lin kat dhiadelisha@gmail.com. lin tggu email u. wassalam.

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah sori u...tak perasan tau komen ni.

    yasfiyana =yang memberi kesembuhan kepada kami.(yg berdoa)

    kalau yayfiyak:yg memberi kesembuhan kepada kamu.

    Dua2 pun boleh.

    Rabbul.

    Dlm bhs arab ia jadi rabbal kalau di awalnya ditambah perkataan Ya...contohnya:Ya rabbal 'alamin bukan ya rabbul 'alamin.

    wallahu a'lam.


    selamat beramal ye lin.semoga ada rezekinya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. سبحانه من جعل كلمته بين الكاف والنون

    سبحانه من أمره إذا أراد شيئاً أن يقول له كن فيكون
    اسأل الله العظيم رب العرش العظيم ان يشفينا

    Maha suci Allah yang telah menjadikan kalimatnya diantara huruf kaf dan nun . Maha suci Allah yang bila menghendaki sesuatu hanya berkata jadi maka akan menjadi. Aku meminta kepada Allah yang maha Agung tuhan A'ry yang maha Agung agar menyembuhkan kami.

    ReplyDelete

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails