Saturday, July 30, 2011

Shooting day

Assalamualaikum.

Hari Khamis itu pelajar yang kini merupakan pelajar semester akhir menghubungi saya.Memang sudah dimaklumkan lebih awal dahulu.Cuma tidak sangka pula ada dua sesi.Yang pertama ini lebih bersifat mini project.

Pelajar komunikasi dengan pengkhususan penyiaran itu datang secara bertiga ke bilik comel saya.Perkara yang ingin ditanyakan ialah pendapat golongan profesional tentang persepsi Golongan Muallaf yang dilabel suka meminta-minta.Persediaan saya cuma lebih kurang satu jam sahaja kerana sebelum mereka datang saya sibuk mengendalikan kelas tutorial pelajar sarjana muda usuluddin dan multimedia.

Dalam masa yang singkat itu,sempatlah saya buka Mushaf,indeks Al qur'an serta Tafsir Assabuni.Hm....sempatlah meninjau-ninjau lama sesawang Lembaga Zakat Negeri Selangor.Harapnya kerjasama yang dapat saya berikan bukan setakat tentang kesediaan untuk menjadi sumber projek pelajar,bahkan pengisiannya yang bernas sangatlah menjadi usaha dan cita saya agar sesi itu bermanfaat.
Ready...nak on air ni...
Ditemuramah Tuan pengarah projek.
Sesekali menjeling bahan.
Leganya dah siap...sampai terlupa nak bergambar dengan cameragirl si cute Haniey dan pemegang mikrofon si comel Miza:)-

Alhamdulillah,debaran sebelum dan selepas shooting itu berakhir dengan tenang sekali.Saya rasa sangat bertuah kerana keterlibatan saya yang cuma satu sem dengan mereka itu membuahkan sesuatu di hati mereka....Kalau tidak masakan mereka mahu menemui saya lagi kan?

Semoga urusan mereka semua diberkati dan dipermudahkan,amin.

***Tak sabar menunggu hasil shooting itu diburn CDkan.

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails