Wednesday, August 3, 2011

Homemade Daging salai

Assalamualaikum.

Rupa-rupanya post saya tentang daging salai menjadi pertanyaan ramai.Ramai juga kawan-kawan yang bertanya tentangnya.Mari saya kongsikan cara-cara menyalai daging itu.

Untuk menyediakan daging salai:
Potong daging nipis-nipis tapi masih dalam keadaan lebar(bentuk selempap-selempap)
Selepas dibasuh bersih,perapkan dengan serbuk kunyit dan garam.
Perap hingga sebati(lagi lama lagi sedap)-Kebiasaannya saya perap 2-3 jam sahaja.

Kemudian letakkan di atas penyalai.
Saya salai atas dapur gas sahaja.Di bawah penyalai itu saya alas dengan tutup periuk yang sudah tidak digunakan.Kalau kat kampung mak salai atas kepingan zink di atas dapur kayu dan dibalut dengan daun kunyit:)-

Balik-balikkan daging salai tersebut supaya keseluruhan bahagian masak betul.

Apabila masak,sejukkan.
Balut dengan foil paper dan simpan di peti supaya tahan lebih lama.

Memasaknya:

Bahan-bahan:
Setengah inci kunyit hidup yang dikikis kulitnya.
Daging salai yang telah dipotong kecil.(macam saiz masak daging untuk kari dan masak lemak).
5 ulas cili padi(jumlah ikut citarasa masing-masing)
Sebatang serai yang dititik.
2 biji belimbing buluh atau bacang.
1/2 cawan ssantan cair
1 cawan Santan pekat
Air jika perlu
Garam secukupnya

Cara penyediaan;
Mula-mula perapkan daging salai dengan sedikit kunyit bersama serai.
Apabila sebati masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama santan cair.
Apabila kuah mendidih masukkan daging salai tadi.
Kemudian masukkan santan pekat.Masak di atas api yang sederhana.
Masukkan belimbing buluh.
Masukkan garam.
Bila kuah masak,boleh matikan api dan angkat untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Maaf ye belum sempat upload gambar dari handphone.

3 comments:

  1. Assalammualaikum Shidah..bila ingat daging salai ni..tetiba rindu suasana berpose masa sekolah dulu...syahdu sungguh..tetiba nak buat rendang maman plak..hu hu

    ReplyDelete
  2. W'kumsalam Ima.

    daging salai Rembau terbaek kan?Orang Moncheh memang tak dapat dipisahkan dari mamannya kan.Tapi daku kurang layan...sikit-sikit boleh la.Tak tahan,poning.

    ReplyDelete
  3. salam chik..bila terbaca resepi daging salai masak lomak cili api ni mmg dah lama ude ngidam nk makan. malangnye xpernah buat sendiri le pulak. so bila dah terbaca ni......macm sonang yooo..insyaAllah nnt nk cubo. tq yerk

    ReplyDelete

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails