Wednesday, December 28, 2011

Spa and beauty house di Pekan Gemencheh

Salam.
Sudah lama tidak memanjakan diri!

Ketika bonda diserang sakit baru-baru ni,puas nak mencari tukang urut.Rupanya kerjaya tukang urut semakin kurang mendapat tempat di kampung.Bertanya pula kawan-kawan di sana- sini...semuanya fully booked.Bertanya lagi dan bertanya lagi sehinggalah secara tidak sengaja ternampak satu signboard spa and beauty house ketika ingin menziarahi kakak ipar dan anak-anaknya.

Oh!rupa-rupanya semenjak lapan bulan yang lalu sudah ada sebuah spa di sini.Selain daripada khidmat urut ia turut menyediakan refleksiologi,foot spa,facial,sauna,tangas juga slimming.Saya cuma ambil sauna dan facial treatment sedang kakak-kakak ada yang ambil facial resdung,tangas,slimming selain semua memilih sauna sebagai salah satu servis.Untuk bonda cuma refleksiologi kaki dan foot spa.Urut gayanya tak tahan tu jadi terpaksa dibatalkan....

Premis mereka terletak di deretan kedai Majlis Daerah Tampin berhampiran Masjid As Syakirin.Kira-kira 5 minit dari Taman Dato' Mohd Taha.Nama kedai Sri Bulan mengambil sempena nama timangan pemiliknya Bulan atau Cik Ida.

Terima kasih kepada pemilik spa cik ida yang dibantu oleh cik jue.Bagus ada belia seperti mereka ini.Pakej promosi serta servis baik,insyaAllah datang lagi

Beberapa kenangan di sana...
Emak dan puteri sulungnya.They look alike kan?

Kakak kedua dan kakak ketiga.They look different kan?

Saya si puteri bongsu bersama mak dan dua kakak.

Perkhidmatan yang disediakan Sri Bulan Beauty House.



Semoga perniagaan mereka terus maju.

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails