Sunday, October 14, 2012

Nasi Kerabu Akhtar

 
Baru-baru ini ummi teringin untuk menyediakan nasi kerabu sendiri.Kebetulan ada terlihat iklan sahabat lama yang mengusahakan perencah segera untuk memudahkan penyediaan nasi kerabu,maka ummi pesanlah satu.
 
Jeng...jeng...jeng... 
Hanya pada 13 Oktober bersamaam hari Sabtu ummi berpeluang merealisasikan projek ini dengan bantuan 2 anak mentee.Terima kasih banyak-banyak.
 
Set Perencah Nasi Kerabu Akhtar.
Mengandungi:
1-Ikan yang telah dikisar halus
2-Kelapa goreng yang telah dikisar
3-Budu siap dimasak dengan perahan asam limau
4-Pewarna biru untuk nasi
 
Bahan ulam:
-Kacang panjang,daun kesum,bunga kantan,(semua hiris halus),taugeh.Sebarang ulam-ulaman lain ikut citarasa anda.
 
Lain-lain:
-Solo lada
-Ikan masin
-Keropok ikan
-Ayam/daging bakar(ikut selera anda)
 
Cara penyediaan:Masak nasi dengan meletakkan sedikit pewarna biru
-Masukkan cili padi ke dalam budu yang telah siap dimasak.
 
Bukan main pekat birunya,patut ditulis letakkan sedikit,ummi bagi perabih.5 pot nasi tu.Abi tak de,jadi ajak 2-3 orang nak2 mentee tolong masak.Kemudian ada rezeki abi,mama Insyirah dan sekumpulan anak-anak mentee yang sibuk mengulangkaji di asrama,tak bersisa langsung,alhamdulillh!(yang paling akhir ummi share dengan abi buat makan tengahari Ahadnya.

Sempat juga goreng ikan celup tepung guna Tepung Magik keluaran bumiputera,juga kawan ummi yang jual.

Yang lain-lain ummi rebus telur masin,Ainsyah tolong ummi goreng keropok dan masak nasinya.Manakala Sabariah tolong hiris segala jenis ulam-ulaman di samping menyediakan puding roti(lepas ni resepi Puding roti pulak).

Alhamdulillah,semuanya dapat disediakan dengan jayanya juga habis dengan jayanya,alhamdulillah.
Hasilnya:yang ini siap-siap bekal.
 
Berbaloilah boleh adjust ikut citarasa kita yang nak makan.Ia juga memudahkan dan menjimatkan masa.

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails