Sunday, October 14, 2012

Puding roti kismis dan ceri

Penyediaan menu oleh anakanda Sabariah
 

Puding roti siap ada dua versi tu.
 
Betullah kalau kita buat sesuatu kerja secara berjemaah,yang banyak jadi sikit,yang susah jadi mudah.Akhirnya rasa sekejap sangat masa yang diambil untuk menyediakan nasi kerabu.
 
Ummi pun cadangkan jika ada apa-apa resepi yang anak-anak mentee mahu buat sementelah ada barang-barang asas untuk kek,puding juga cookies di dapur comel ummi.
 
Pujuk punya pujuk,akhirnya si anak memberanikan diri setelah diberi keyakinan untuk mencuba.Sebabnya resepi biasa yang dibuatnya menggunakan susu segar.Di rumah ummi tiada stok,yang ada susu sejat....kira bolehlah.Kita buat dia.
 
Bahan-bahan untuk menyediakan puding roti(versi derhaka resepi asalnya)
 
1-Satu tin susu isian sejat
2-2 sudu teh tepung jagung(dibancuh dengan air panas)
3-Roti gardenia(satu bungkus saiz kecil)
4-Sebiji telur ayam
5-Sedikit esen vanila
6-Sedikit gula
7-Kismis dan ceri sebagai hiasan
 ops.....juga dua sudu mentega/planta
 
Cara-cara penyediaan:
1-Masukkan susu ke dalam bekas
2-Masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam susu tadi
3-Masukkan telur
4-Tambah sedikit gula(ikut citarasa)
5-Setitis esen vanila(untuk melenyapkan bau telur)
6-Kacau semua bahan sehingga sebati
7-Ops....lupa...dua sudu mentega/planta
 
7-Kemudian masukkan bahan bancuhan tadi ke dalam loyang pembakar sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan kepingan roti yang dihiris/koyak-koyakkan.
8-Ulang proses tersebut sehingga habis bancuhan tadi.
9-Hias bahagian atas puding dengan kismis atau ceri(ikut citarasa)
10-Bakar pada suhu 180o dengan masa 20 minit.
11-Sejukkan sebelum dihiris untuk dihidangkan.
 
Tambahan:
Puding roti juga sesuai dihidangkan bersama kuah coklat atau susu sejat.
Disebakan ketiadaan stok,ummi menghidangkan puding dengan kuah pengat mee loka yang turut ummi sediakan sebagai menu petang itu (Sabtu,13 Oktober 2012)
 
Inilah hasilnya!
 
 
Sudah siap dipotong untuk bekalan.Terlupa snap gambar yang dicurahkan dengan kuah mee loka itu.Memang layan habis....
 
Alhamdulillah dapat resepi baharu kali ini.
 
Terima kasih buat anakanda Sabariah.
InsyaAllah,ada rezeki mesti akan cuba,senang sangat rupanya,bahanpun mudah dan murah.
 

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails