Thursday, March 28, 2013

Alamak KG bertambah lah!

Mengawal Berat Badan Semasa Hamil
 
Alhamdulillah pengalaman kali ini berkenaan berat badan pula.Ummi jenis yang makan kerap tetapi kuantitinya sedikit.Semasa hamil ummi biasanya lebih cepat lapar daripada biasa cuma,memang cuma dapat makan sedikit sahaja dalam satu-satu masa.Kata doktor kadar metabolisme mungkin tinggi.Ia boleh merosot apabila usia semakin meningkat,jadi doktor turut nasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.
 
Berat sebelum hamil 50kg.Berat purata 50-55 kg sahaja.Namun sebelum melahirkan berat ummi mencecah 60+kg juga, rasa sangat mengah berjalan mahupun duduk,apatah lagi berbaring!
 
Alhamdulillah selepas melahirkan ummi tidak punya masalah besar untuk kembali ke berat badan asal,cuma pakar laktasi nasihatkan supaya makan lebih pemakanan seimbang,lebihkan sayur dan buah-buahan dalam nutrisi kerana ia sangat bagus untuk ibu yang menyusukan.Jadi,ummi cuba tambah kuantiti makanan yang diambil dan cuba habiskan!
 
Di sini ada sedikit tips yang ummi baca dari artikel di www.mumdreams.com.my bagi mengekalkan berat badan ideal semasa hamil.

Cara yang boleh anda lakukan ialah makan dengan sederhana. Anda disarankan mengambil kira-kira 2,000 kalori sehari. Anda tidak perlukan lebih daripada itu hinggalah tiga bulan terakhir kehamilan, di mana an...da perlukan 200 kalori tambahan sehari. Anda boleh mendapat 200 kalori tambahan itu daripada contohnya, sekeping roti bakar dengan kacang panggang atau semangkuk bijirin bijian penuh dengan susu separa-skim.

Untuk makan dengan sihat, makanlah makanan daripada kumpulan makanan berikut: • Roti, pasta, kentang, nasi dan bijirin (karbohidrat). Lebih baik jika anda makan bijian penuh seperti beras perang serta pasta dan roti daripada bijian penuh. Cuba pastikan makanan berkanji ini memenuhi satu pertiga daripada apa yang anda makan setiap hari.

 • Buah-buahan dan sayur-sayuran, sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari. Ini seharusnya memenuhi satu pertiga lagi daripada apa yang anda makan setiap hari.

 • Protein, seperti daging (tetapi bukan hati), ikan, telur dan kekacang.
• Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju. Versi rendah lemak adalah pilihan yang baik jika berat badan anda berlebihan.

 Anda tidak perlukan makanan atau minuman yang tinggi kandungan lemak atau gulanya seperti biskut, kek atau minuman berkabonat. Walau bagaimanapun, tidak salah jika anda mengambilnya sekali-sekala dalam jumlah yang kecil.

Ingat, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Jika berat badan anda bertambah terlalu banyak semasa hamil, sukar untuk menurunkannya selepas bayi anda lahir.

 Ketahui lebih lanjut dalam seksyen pemakanan sihat kami.

Dan jangan lupa bahawa ia bukan hanya mengenai makanan! Senaman baik untuk anda semasa hamil dan boleh membantu anda mengekalkan berat yan sihat.

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails