Tuesday, March 26, 2013

Pedas dan kurus?

Baru-baru ini teman lama tag di FB tentang info rasa.Katanya sebab inilah agaknya orang Negeri kurus-kurus....Ummi kurang pasti kerana ummi pun bukan jenis makan yang pedas tegar.Dalam erti kata lain,ummi tak tahan pedas!hehehe.
 
Pengalaman sendiri bab kurus itu memang doktor sendiri akui,pesannya kalau BF kena makan yang lebih berkhasiat dan berkala yang teratur.Kalau awak kurus sangat macam mana mahu BF?huhuhu(Itu baru PEDAS kan?)
 
INFO RASA: MANFAAT MASAKAN PEDAS BAGI KESIHATAN
Masakan pedas sememangnya tidak dapat dipisahkan E, Kalsium dan besi di dalam dunia masakan. Tambahan lagi bagi masyarakat
Asia yang mementingkan penggunaan cili dan rempah di dalam masakan m...ereka. Masakan pedas sememangnya membuatkan kita berselera untuk menikmati hidangan. Namun tahukah anda bahawa masakan pedas mempunyai manfaat kepada kesihatan?

1. MENURUNKAN BERAT BADAN Rasa pedas mampu meningkatkan metabolisme tubuh. Kajian menunjukkan cili memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori apabila mengunyah selama 20 minit.

2. MENYIHATKAN JANTUNG Mengambil makanan pedas mengurangkan serangan jantung dan strok. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan efek merosak dari kolesterol jahat, manakala kapsaisin boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

3. MENCEGAH KANSER
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan membunuh beberapa sel kanser dan leukimia.

4. MENGURANGKAN TEKANAN Makanan pedas meningkatkan produksi hormon yang memberikan rasa menyenangkan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini membantu mengusir depresi dan stres.
 
 
#Sumber Karangkraf

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails