Tuesday, March 26, 2013

Ukhuwah bertaut:Temerloh

Sepanjang berada di Temerloh tempoh hari diberi peluang dan kesempatan untuk menyambung ukhuwwah dengan seorang sahabat lama.Sahabat lama ummi ini sama semenjak di matrikulasi sehinggala ke peringkat sarjana muda.Malahan semasa di Terengganu pernah satu usrah dengannya.

Apabila sudah lama tidak bertemu,memang tidak terjangkakan banyak kisah suka duka yang dikongsi bersama.Semuanya masih sama seperti dahulu,tidak kekok langsung untuk berbual-bual.Seakannya tidak percaya masing-masing sudah berinjak dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing.

Kak Sha,terima kasih atas budi baikmu.InsyaAllah ada rezeki kita ketemu lagi.

#Kak Sha telah melapangkan masa menziarahi bapa mertua di HOSHAS,seterusnya ke motel sewaan kami.Kami sekeluarga turut keluar makan bersama dan pada hujung minggu anak-anak dibiarkan bermain-main bersama sedang ibu dan ummi bergebang kisah-kisah yang tak pernah ada penutup,kisah kehidupan...

How time flies kan?

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails