Saturday, April 27, 2013

Bersyukur KeranaNya

Buku ini mengingatkan pembaca supaya bersyukur.

Dari awal sehingga akhir kulitnya,saya merasakan penulis tidak jemu-jemu menasihatkan pembaca supaya sentiasa bersyukur.

Buku ini sebuah santapan motivasi yang sangat lembut mengajak pembaca sama-sama merenung segala nikmat yang telah Allah kurniakan.Pada masa yang sama buku ini mengajak bersabar pada keadaan-keadaan yang mungkin tidak dijangkakan berlaku.

Saya sangat tertarik tatkala membaca salah satu nasihat yang mengajak para pembaca supaya sesekali mengunjungi hospital dan melihat pesakit yang ditimpa pelbagai penyakit sekurang-kurangnya pembaca akan mensyukuri nikmat kesihatan yang baik.

Ringkasnya buku ini adalah pelengkap kepada barisan buku-buku terdahulu karangan penulis ini iaitu Bila Allah Menguji Kita,Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu dan Mudahkan Jangan Susahkan.

Terima kasih atas karya yang bagus untuk dijiwai ini.

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails