Sunday, April 28, 2013

Jamba buat ayahanda

Bulan Januari baru-baru ini suami berkursus di Kota Bharu.Sebab ummi belum sihat betul,kami anak-beranak dihantar balik kampung.

Ayahanda beli barang mentah dan minta masak beberapa jenis hidangan.Adik baik.....dapatlah masak dengan jayanya!


1-Tumis sayur campur.
Tumis bawang putih dan bawang kecil sampai naik bau.Masukkan air,bila mendidih masukkan sayur yang keras dahulu(batang sawi dan karet).Kemudian masukkan fishball,fishcake dan tauhu.Masak sampai bahan masak akhir sekali masukkan garam secukup rasa,siap!

2-Cendawan masak air
Panaskan air dalam setengah periuk.Bila air mendidih masukkan cendawan yang sudah diracik.Masukkan bawang.Bubuh garam.Siap.Ini menu sihat.Ayah tak kasi tumis.

3-Ayam masak lemak cili api.
Perap ayam dengan cili api juga serai yang sudah dititik.Jangan lupa kunyit hidup yang  diketuk.Masukkan santan nipis.Bila menggelegak masukkan kentang.Bila kentang empuk,masukkan santan pekat,bubuh garam.bila kuah masak,tutup api.

4-Ikan goreng
Ikan yang siap disiang dan dibasuh lumurkan dengan kunyit serbuk dan garam.Masukkan asam keping semasa menggoreng,boleh hilangkan bau hanyir dan ikan goreng pun lebih rangup dan berasa.

*Jamba=dulang yang sudah berisi makanan.

-Perincian bahan tidak disertakan.

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails