Thursday, November 21, 2013

Fakulti Pendidikan

Bismillahhirrahmanirrahim.

Pada 1 Oktober 2013 yang lalu ummi mendapat surat pengesahan penempatan baharu di Fakulti Pendidikan.

Ummi sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan pusat pengajian terdahulu kerana memberi pelepasan atas lantikan baru itu.Sesungguhnya ummi tidak pernah membuat sebarang permohonan samada secara bertulis mahupun lisan.Syukurlah,pada ummi itu adalah aturanNya,hanya Dia yang tahu hikmah segalanya.

Semenjak dari lantikan itu ramai yang bertanya kenapa pindah fakulti?Kenapa mohon pindah?Ye...tidak memohon ols.Kalau tidak mestilah surat penempatan tu ditulis "Tahniah,Permohonan puan untuk berpindah ke fakulti telah diluluskan"(macam cikgu-cikgu mohon e-tukar tu)tapi tidak begitu...

Kadang-kadang malas nak jawab dan cakap banyak-banyak.saya kurang mesra sikit bab-bab ini.Lagipun cara soalan ditanya tak best,ada unsur pesimis dan negative frasa-frasanya.

In short,tak tahu kenapa ramai ucap tahniah dan kata untunglah.Ummi bersyukur dan harap dapat memberi yang terbaik sedaya mampu.InsyaAllah!

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails