Monday, December 23, 2013

Wacana Etika dan Profesional

Assalamualaikum

Pada 18 Disember 2013 yang lalu Fakulti Pendidikan telah menganjurkan satu wacana.Wacana yang berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 5 petang itu bertempat di Pusat Konvensyen KUIS.Tema wacana ini ialah Pendidikan Seksual Sihat,Etika Kerja Tepat,Profesionalisme Hebat.Pada wacana ini diadakan ceramah,forum, pameran serta ujian ringkas kesihatan percuma.

Wacana membincangkan tentang Gangguan Seksual.Apakah pula maksud pendidikan seks?

Menurut Abdullah Nasih 'Ulwan(1985),Pendidikan seks adalah salah satu proses mengajar, menjelaskan dan memberi peringatan kepada remaja tentang isu yang berkaitan dengan seks, naluri,nafsu dan hubungannya dengan perkahwinan sehingga mereka membesar dalam keadaan memahami erti kehidupan. Remaja mengetahui apa yang dibenarkan dan apa yang ditegah dan mereka menjadikan sikap dan tingkahlaku Islam sebagai praktik dalam kehidupan.

Analisi terhadap beberapa ayat al Quran dan al hadith jelas menunjukkan bahawa Islam amat menggalakkan umatnya untuk mempelajari ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan seksualiti dan reproduktif. Islam amat mementingkan umatnya menjalani kehidupan seksual yang sempurna dan baik selaras dengan tuntutan Allah S.W.T.Segala perintah dan peraturan agama berkaitan seksual yang diterapkan oleh Islam adalah bermatlamatkan kepada kesejahteraan hidup manusia.(dipetik dari pamplet program)

"Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang amat buruk"  Al Isra' :32

Semoga wacana ini memberi pendedahan kepada pendidikan seksual dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan khasnya dan staf KUIS amnya.

No comments:

Post a Comment

Pengalamanku tak semestinya sama dengan pengalamanmu....sama seperti perasaaanku tidak sama seperti apa yang engkau rasakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails